Warning: file_put_contents(/home/muktmr59/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/muktmr59/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
Dewan Muslimat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Bismillahirrahmanirrahiim..

Firman Allah:

Demi sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur) yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri mereka (kampung mereka) lalu dikatakan kepada mereka, “ makanlah dari rezeki pemberian Tuhan mu dan bersyukurlah kepadaNya, negeri kamu adalah negeri yang baik (aman dan Makmur) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.( Surah : Saba’ ayat 15 )

1. Yang dikasihi Puan Pengerusi Tetap – Pn Hashimah Deraman. Yang diraikan YB Dato’ Paduka Hj Husam Hj Musa, Naib Presiden PAS dan selaku Perasmi Muktamar DMPP Kali Ke-53. YB Timbalan Ketua – Kekanda Dr Siti Mariah Mahmud. YB Naib Ketua – Adinda Hjh Mumtaz Md Nawi. Sahabat-sahabat Jawatankuasa Harian dan Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan,Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan-Kawasan, Pimpinan Wanita DHPP,Rakan-rakan Pimpinan Pakatan Rakyat, Rakan-Rakan NGO’s, Para Perwakilan, Para Pemerhati Khas dan Pemerhati Am, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.

2. Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum, selamat datang dan selamat bermuktamar, kepada semua perwakilan dan tetamu yang memeriahkan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk kali ke 53 pada tahun ini. Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah SWT agar menganugerahi keberkatan dan fadhilat serta pahala yang berlipat kali ganda kerana keyakinan kita terhadap dasar dan matlamat perjuangan PAS sepertimana yang disebut di dalam Fasal 3 dan Fasal 5 Perlembagaan PAS (Pindaan 2011).


Sidang Muktamar dan hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
HIJRAH MEMPERBAHARUI SEMANGAT, AZAM DAN TEKAD

3. Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat pada tahun ini sekali lagi berlangsung dalam semangat tahun baru Islam, 1435H. Peristiwa yang sangat bersejarah yang perlu ditekuni bagi memperbaharui ruh perjuangan para mujahidah muslimat. Memperbaharui semangat, azam dan tekad, mara membawa visi serta misi perjuangan Islam sehingga ke puncak jaya khususnya mardhatillah. Sejarah agung kebijaksanaan yang diatur oleh Allah ke atas Nabi Muhammad SAW yang akhirnya menzahirkan kebijaksanana siasah Baginda SAW dalam menghadapi kepelbagaian mehnah dan realiti kemajmukan manusia itu sendiri. Maka sekali lagi saya menekankan ambillah ibrah (pengajaran) daripada strategi taktikal baginda yang pamer menerusi termeterainya Perjanjian Al Aqabah yang kemudiannya meletakkan keberadaan dan peranan kaum wanita (yakni Muslimat) dalam politik ummah begitu bermakna sepertimana yang disebutkan Allah dalam Surah Al Mumtahanah khususnya ayat yang ke-12.

Firman Allah S.W.T

Wahai Nabi, apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepada mu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anak nya dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepada mu dalam sesuatu perkara yang baik, maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah yang mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah: Al-Mumtahanah ayat 12)

4. Demikian juga sepertimana dalam firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 195 yang turut memberikan pengiktirafan dan penghormatan kepada kedudukan dan peranan kaum Wanita (Muslimat) dalam perjuangan.


Sidang Muktamar yang dirahmati Allah sekalian,

5. Sesungguhnya, usaha menegakkan Syariat Islam di atas muka bumi ini bukanlah hanya merupakan satu usaha dakwah agama yang menitikberatkan persoalan akhlaq dan tatacara hubungan antara insan dengan Penciptanya . Namun lebih menyeluruh ; ianya mencakupi aspek-aspek urusan kehidupan praktikal yang berhubungkait langsung dengan masalah-masalah pentadbiran Negara/ negeri dan pemerintah . Syariat Islam menganjur-wajibkan penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah bagi memastikan pelaksanaan Tauhid ‘Ubudiyyah dalam segenap corak , cara dan gaya hidup manusia .

 

--> MUAT TURUN TEKS PENUH

Hubungi Kami

  • No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpurs
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 03-26925000

Carian