Warning: file_put_contents(/home/muktmr59/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/muktmr59/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
Dewan Ulamak

UCAPTAMA

ULAMAK HARAKI
MENANGANI FASAAD MENGISI KEMENANGAN

Allah Taala berfirman dalam surah al-Rum ayat 41:

Maksudnya: "Telah zahir kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan apa yang diperolehi oleh tangan-tangan manusia untuk Dia merasakan kepada mereka sebahagian apa yang mereka lakukan mudah-mudahan mereka kembali."

Apabila manusia meninggalkan agama maka berlakulah kerosakan di muka bumi. Di saat itu Allah menghantar para nabi dan Rasul untuk melaksanakan tugas islah memulihkan masyarakat. Bermula dengan memulihkan aqidah mereka seterusnya syariat dan akhlak mereka. Allah menceritakan kisah Nabi Syu'aib a.s dalam Surah Hud ayat 88:

Maksudnya: Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali."

Begitulah sunnahnya apabila berlaku kerosakan di sesebuah negara dan masyarakat maka perlu bangkit para alim-ulamak yang mewarisi tugas kenabian untuk melaksanakan tanggungjawab Islah dan pemulihan masyarakat.

Yang Berbahagia al-Fadhil Pengerusi Tetap dan juga al-Fadhil Timbalan Pengerusi Tetap.

Yang dialu-alukan para pemerhati kehormat dan ahli-ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat.

Yang Amat Berhormat Sahibul Fadhilah Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Yang Berbahagia Sahibul Fadhilah Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Yang Berbahagia Ashaabul Fadhilah Setiausaha dan Penolong-Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihanraya Dewan Ulamak PAS Pusat.

Ashabul Ilmi wal al-Fadl Ahli-ahli jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat.

Seterusnya seluruh saf kepimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat di semua peringkat Negeri dan Urusan Ulamak Kawasan.

Yang Berusaha Pengarah dan Urusetia Panitia Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat Kali k 52 beserta semua ahli jawatankuasanya.

Seterusnya Ashabul Ilmi wal karamah para Tuan Guru, Para Ulamak dan para Perwakilan serta tetamu kehormat yang dirahmati Allah sekalian.

 

1. PENDAHULUAN

Alhamdulillah, saya mengajak seluruh hadirin untuk sama-sama kita bersyukur ke hadrat Allah yang melimpahi kita nikmat untuk terus istiqamah di jalan perjuangan menegakkan agama Allah. Marilah kita berdoa dengan doa al-Quran dalam Surah Aali Imran ayat 8:

Maksudnya : "Wahai Rabb kami, janganlah Engkau selewengkan hati kami setelah mana Engkau beri hidayah kepada kami dan kurniakanlah untuk kami dari sisi-Mu rahmat sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

Dalam dua muktamar yang lalu ucaptama saya bertajuk Ulamak Haraki Teraju Kemenangan dan Ulamak Haraki Benteng Izzah Islam. Kali ini kita bermuktamar selepas berlalunya PRU ke 13 yang meletakkan kita di hadapan tanggungjawab yang besar setelah kita masih diberi peluang untuk mengekalkan kemenangan di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Walaupun kita gagal untuk mempertahankan Kedah dan mengambil semula Perak, tetapi PAS telah dapat memenangi beberapa kerusi dun dan parlimen di beberapa negeri lain. Kemenangan di dalam pilihanraya ini menuntut untuk kita mengisinya dengan baik di samping meneruskan lagi usaha untuk menambah lagi kemenangan pada masa akan datang. Maka, saya bentangkan pula ucaptama kali ini dengan tema Ulamak Haraki Menangani Fasaad Mengisi Kemenangan

 

Saudara saudari para perwakilan sekalian,

2. MEMPERKUKUHKAN MATLAMAT PERJUANGAN PASCA PRU KE 13

PAS merupakan gerakan dakwah dan gerakan siyasah. Ia bukan hanya gerakan dakwah tanpa melibatkan diri dengan politik. Dan bukan juga hanya gerakan politik yang mengenepikan elemen dakwah.

 

2.1 PAS Sebagai Gerakan Dakwah

Sebagai gerakan dakwah PAS sentiasa berusaha memperkenalkan Islam sehingga diterima oleh masyarakat bukan Islam dan diimani dengan penuh yakin oleh orang-orang Islam hingga mereka boleh menerima Islam sebagai cara hidup peribadi, bermasyarakat dan bernegara. Islam perlu mendasari sistem politik, ekonomi dan social negara. Apabila negara tidak ditadbir dan diurus berdasarkan Islam maka berlakulah pelbagai kepincangan dan kerosakan. Pelbagai medium perlu dimanfaatkan oleh alim-ulamak PAS dan juga ahli PAS untuk mencapai matlamat ini sama ada menerusi lidah atau penulisan.

 

2.2 PAS Sebagai Gerakan Siyasah

PAS sebagai gerakan siyasah pula sentiasa berusaha mendapatkan kuasa untuk memerintah negara ini dengan menjadikan pilihanraya sebagai wasilah. Pelbagai gerak kerja dan strategi dikemukakan untuk memenangi hati rakyat untuk memberikan kuasa pada Islam. Strategi Tahaaluf Siyaasi yang menjadi sebahagian pendekatan Pas sejak dulu telah membuahkan hasil dan kejayaan untuk mengurangkan kuasa dan dominasi UMNO dan Barisan Nasional. Maka di saat kejayaan awal telah dikecapi oleh PAS menerusi kerjasama politik Pakatan Rakyat, PAS perlu mengisi kemenangan ini dengan mengemukakan pelbagai dasar Islam dalam pentadbiran dan pengurusan negeri.

 

2.3 Cabaran Semasa Gerakan Islam

Cabaran terkini yang dihadapi oleh gerakan Islam kontemporari ialah cabaran pemikiran pasca moden atau post modernism yang membawa nilai sekularisme. Ia merupakan suatu aliran pemikiran yang melihat aspek perundangan dan keadilan dari kaca mata hak manusia berbanding dengan hak ketuhanan

Para penganalisis cuba menekankan kecenderungan gerakan Islam kontemporari kepada penekanan terhadap hak manusia berbanding dengan hak ketuhanan untuk memastikan gerakan Islam menjadi popular dan terus mendapat sokongan dari masyarakat khasnya dalam pilihanraya. Pendekatan ini dibimbangi membawa gerakan Islam kepada aliran liberalisme iaitu meloloskan dirinya daripada keterikatan dengan panduan al-Qur'an dan al-Sunnah dalam menetapkan matlamat dan strategi perjuangan.

Klik untuk teks penuh ucaptama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Hubungi Kami

  • No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpurs
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 03-26925000

Carian