Warning: file_put_contents(/home/muktmr59/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/muktmr59/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
Abu Bakar terima pencalonan Naib Presiden

KUALA TERENGGANU: AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik menyatakan kesediaan menerima pencalonan bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Kali ke-59 pada 22 hingga 24 November ini.

Beliau menerima tawaran bertanding Naib Presiden PAS setelah membuat pertimbangan serta perbincangan dengan rakan-rakan di dalam parti.

Ini penting, katanya bagi sama-sama berada dalam parti yang merupakan sebuah gerakan Islam dan parti politik yang relevan dalam masyarakat.

"Saya ingin membuat sedikit pengumuman berkaitan dengan pencalonan yang saya terima untuk Naib Presiden PAS dan juga Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

"Setelah membuat pertimbangan dan perbincangan dengan kawan-kawan, saya memutuskan untuk menawarkan diri dalam pertandingan Naib Presiden PAS bagi sesi (2013-2015) kali ini," ujarnya pada satu sidang media di pejabatnya di Kampung Tok Jiring, dekat sini, hari ini.

Menurutnya, peranan PAS dalam pasca PRU13, adalah dalam keadaan membuat persediaan bagi memimpin masyarakat Islam di Malaysia.

Bahkan, katanya PAS lebih bersedia bagi memimpin rakyat Malaysia yang bermasyarakat majmuk hari ini.

Mereka yang dicalonkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS kali ini ialah ketiga-tiga penyandang iaitu Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa di samping Mohamad Sabu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Mohd Amar Arshad, Dr Mujahid Yusof dan Ustaz Idris Ahmad dan Nasrudin Hassan.

Bagaimanapun, Nasrudin telah mengumumkan akan bertanding AJK PAS sahaja.

Hubungi Kami

  • No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpurs
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 03-26925000

Carian