20 Nov, Shah Alam - Berlandaskan tema BANGKIT yang menjadi latar Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-54, para pemuda diseru untuk melakukan perubahan dalam negara berdasarkan empat prinsip utama.

Pertama; Memberi didikan agama, moral dan politik yang jelas kepada rakyat.

Kedua; Menghalang agenda dan aktiviti yang merosakkan agama, peribadi dan pemikiran.

Ketiga; Menentang kezaliman, penindasan dan penderaan rakyat atas nama ekonomi mahupun sosial dan politik.

Keempat; Menolak penipuan dan kepincangan dalam urusan pilihanraya dan sistem demokrasi negara.

Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ini menyaksikan kehadiran seramai 648 perwakilan dari seluruh negara.

Hubungi Kami

  • No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpurs
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 03-26925000

Carian