Warning: file_put_contents(/home/muktmr59/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/muktmr59/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
90 Petugas IT, Muktamar Ulama, Pemuda dan Muslimat disiar secara langsung

Shah Alam, 21 Nov : Perasmian muktamar Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Malaysia yang diadakan di dua tempat yang berbeza malam tadi telah disiarkan secara langsung oleh rangkaian webtv PAS. Perasmian muktamar Dewan Ulama pada pagi ini dan muktamar penuh dewan-dewan Pemuda dan Muslimat hari ini pun disiarkan secara langsung juga oleh rangkaian webtv PAS.

Pengarah Jabatan IT PAS Pusat (JITP), Suhaimi Embong memberitahu pihaknya ditugaskan  mengendalikan urusan yang berkaitan siaran siber dan media baru ini bagi pihak panitia muktamar ke59 selain daripada tugas-tugas lain berkaitan dengan multimedia dan IT.

Siaran langsung Muktamar Dewan Ulama boleh diikuti menerusi webtv Terengganukini (www.terengganukini.net),  Muktamar Dewan Pemuda menerusi Ehsantv (www.youtube.com/ehsantv) dan Muktamar Dewan Muslimat pula menerusi KelantanTV (www.kelantantv.my) selain daripada channel 2 webtv PAS.

Manakala bagi perasmian muktamar penuh mulai esok, 22hb  November, siaran langsung boleh diikuti melalui saluran utama webtv PAS Pusat (webtv.pas.org.my) dan lain-lain rangkaian webtv PAS.

 “Selain siaran langsung melalui webtv, radio internet hijau.fm (www.hijau.fm) atau melalui channel Hijau.fm di radio Tune in. Ianya boleh juga diikuti melalui aplikasi hanphone anroid PAS Touch n Get” kata Suhaimi yang juga Ketua IT Panitia Muktamar ke59.

 

Selain iu, JITP membantu Pejabat Setiausaha Agung PAS dengan membuka kaunter SPOKAS (Sistem Pengurusan Organisasi dan Keahlian PAS) dan Penerangan dengan membuka konti hijau.fm untuk bersiaran dari tapak pameran PAS for All bermula hari ini.

Seramai 90 orang petugas sukaralewan IT telah diberikan tugas-tugasan khusus berkaitan dengan multimedia dan IT bagi memastikan kelicinan muktamar pada kali ini sepanjang 5 hari bermuktamar sejak semalam.

 

Hubungi Kami

  • No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpurs
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 03-26925000

Carian