Warning: file_put_contents(/home/muktmr59/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/muktmr59/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
Anugerah Khas kepada Tokoh Muslimat

Shah Alam, 21 Nov – Upacara perasmian muktamar Dewan Muslimat PAS telah diadakan pada malam 20 November 2013 bermula seawall 8.00 malam. Pelbagai anugerah telah diberikan kepada tokoh muslimat di dalam PAS.

Penghargaan Khas Azwaaj adalah tanda ingatan Muslimat PAS kepada perjuangan pemimpinnya yang telah banyak memberi sumbangan besar kepada perjuangan parti.

Penghargaan Khas Azwaaj ini diberi kepada 3 orang suami dan 2 orang isteri tokoh pejuang PAS. Mereka yang menerima anugerah adalah Yang Berbahagia Datin Seri Khadijah Ibrahim isteri kepada mantan Presiden PAS, Datuk Seri Fadzil Mohd Noor, isteri mantan Menteri Besar Kedah, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah; Haji Hussin (suami Almarhum Hajah Khaltom); Haji Rahim (suami almarhum Amizan Baharudin) dan Dr Amin (suami almarhum Dr Lo'Lo' Datuk Mohamad Ghazali).

Penghargaan Saidatina Khadijah kepada lima mantan Ketua Dewan  Puan Siti Zubaidah Haji Ali (1956-1960). Mereka terdiri daripada Puan Hajjah Jamilah Ibrahim (1992-2001). To' Puan Hajjah Fatimah @ ZAinab Ibrahim (2001-2003). Ustazah Azizah Khatib Mat (2005-2007) dan Ustazah Nuridah Mohd salleh (2007-2011).

Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat turut menyampaikan penghargaan khas kepada Pengerusi Majlis Guru Pasti Malaysia, Ustazah Saadiah Abu Bakar.

Kira-kira 800 perwakilan dari seluruh negara mula memenuhi Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah seawal jam 7.00 malam untuk mengikuti muktamar kali ini.

Hubungi Kami

  • No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpurs
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 03-26925000

Carian