Warning: file_put_contents(/home/muktmr59/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/muktmr59/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
Usul Muslimat Mempertahan dan Memperkasa Kepimpinan Ulamak

SHAH ALAM - Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat hari ini menerima sebulat suara usul supaya Muslimat PAS mempertahankan dan memperkasa kepimpinan Ulamak.

Usul pertama itu dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Gombak (DMPG) atas kesedaran pentingnya kepimpinan PAS didokong dan diterajui oleh golongan ulama' bagi memastikan halatuju Jemaah ini sentiasa selari dengan prinsip-prinsip Islam.

"Kepimpinan ulama ini perlu dipertahankan kerana ia disedari dengan sunnatullah dan sunnah Rasulullah," seru wakil DMPG tadi.

Usul itu turut menyeru agar ahli-ahli PAS berganding bahu membanteras serta menghapuskan sebarang polemik negatif yang mengelirukan berkaitan dengan kepimpinan ulama'.

"Antara bentuk program yang boleh dilaksanakan ialah wacana, forum atau seminar secara berkala bagi menjelaskan secara mendalam konsep kepimpinan ulama' dan keperluan kepimpinan ulamak," jelas beliau.

Lembaga Disiplin PAS Pusat juga digesa mengambil tindakan dan lebih proaktif dalam menangani kemelut dan masalah ahli-ahli dan pimpinan di semua peringkat yang tidak beradab atau sengaja meninggalkan adab-adab berjamaah.

"Dewan Ulama' PAS Pusat memberi fokus secara serius kepada proses perkaderan ulama' termasuk daripada kalangan muslimat (memandangkan penglibatan muslimat dalam proses perkaderan sekarang sangat minima," tambah beliau.

Hubungi Kami

  • No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpurs
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 03-26925000

Carian