Warning: file_put_contents(/home/muktmr59/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/muktmr59/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
ADUN Selangor mengundi awal

SHAH ALAM, 22 Nov - Seramai 15 orang ADUN Negeri Selangor yang menjadi perwakilan di Muktamar PAS hari ini telah menjadi pengundi awal di pemilihan ahlijawatankuasa tertinggi PAS Pusat.

Pengundian dijalankan sekitar jam 3.00 petang kerana para ADUN Negeri Selangor perlu bergegas untuk menyertai sidang DUN negeri yang berlangsung pada hari yang sama.

Adun Selat Kelang, YB Dr Halimah Ali menjadi perwakilan pertama yang membuang undi.

Para perwakilan lain hanya akan membuang undi sebaik sahaja selesai agenda membentang dan menerima penyata laporan pada petang ini.

Hubungi Kami

  • No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpurs
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 03-26925000

Carian