Warning: file_put_contents(/home/muktmr59/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/muktmr59/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
Perginya Seorang Mujahidah PAS

SHAH ALAM, 23 Nov - Dalam kehangatan pemilihan pucuk pimpinan sesi baru, muktamirin PAS dikejutkan dengan berita kehilangan seorang tokoh muslimat PAS iaitu Hajah Zubaidah Ali. Beliau menghembuskan nafas terakhir jam 7.00 malam di kediamannya di Klang.

Allahyarhamah Hajah Zubaidah Ali, 84, merupakan Ketua Muslimat PAS yang pertama bermula dari tahun 1956 hingga 1960. Beliau memikul tanggungjawab menerajui Dewan Muslimat PAS Pusat selepas Puan Sharifah Rahmah.

Allahyarhamah Ustazah Zubaidah mendapat pendidikan di Bukit Tinggi, Sumatera, tempat yang banyak melahirkan pejuang-pejuang politik muslimat seperti Aishah Ghani dan Khatijah Sidek.

Allahyarhamah Ustazah Zubaidah berkahwin dengan Ustaz Ahmad Azam Hanafiah. Pasangan ini bergiat dalam politik PAS sejak tahun 1950-an bermula di Perak.

Selain itu, Allahyarhamah Ustazah Zubaidah pernah berkhidmat sebagai guru agama di Sekolah Agama Khairiah Gong Kapas, Kuala Terengganu.

Hubungi Kami

  • No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpurs
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 03-26925000

Carian