Warning: file_put_contents(/home/muktmr59/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/muktmr59/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
Mungkin Ahli Berkempen Fitnah - Mustafa Ali

SHAH ALAM, 23 Nov - PAS mengakui terdapat masalah dalam etika kempen sepanjang sei pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 ini.

Demikian ditegaskan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali ketika ditemubual unit IT Muktamar pada hari ini di sini.

"Saya tidak menolak kemungkinan berlakunya salah laku dalam kempen pada pemilihan kali ini, dan ia juga tidak mustahil dilakukan oleh ahli PAS sendiri," ujarnya.

Beliau turut melahirkan kekesalan atas tindakan tidak bertanggungjawab tersebut yang disifatkan sampai ke tahap sanggup memfitnah calon-calon tertentu.

Namun, Mustafa menyatakan bahawa PAS tidak dapat mengambil apa-apa tindakan ke atas pihak yang terbabit disebabkan gagal mengesan individu berkenaan.

"Saya sedar dalam era ledakan teknologi maklumat serta penguasaaan media baru menjadi faktor kegagalan kami (PAS) untuk mengenal pasti identiti pelaku fitnah itu.

"Sungguhpun demikian, saya mendapati tiada seorang calon pun yang berkempen melanggar etika pemilihan," katanya dengan pasti.

Beliau tidak fikir masalah itu boleh mempengaruhi undi perwakilan memandangkan keyakinan bahawa perwakilan mengenali latar belakang sebenar calon-calon.

Mustafa juga menafikan kehadiran pemerhati yang secara fizikal kelihatan tidak meriah.

"Bahkan pada muktamar kali ini, ia lebih ramai memandangkan ini adalah muktamar pemilihan.

"Selain itu, kita juga telah menetapkan kuota kehadiran bagi setiap kawasan dan ia telah dipenuhi secara maksimum," ujarnya.

Hubungi Kami

  • No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpurs
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 03-26925000

Carian