Warning: file_put_contents(/home/muktmr59/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/muktmr59/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
Majlis Syura Teruskan Tahaluf Siyasi

SHAH ALAM, 24 Nov - Majlis Syura Ulama PAS telah memutuskan bahawa tahaluf siyasi yang diamalkan PAS menepati kehendak syara' dan akan diteruskan.

Menerusi tahaluf siyasi yang dijalankan, PAS tidak akan mengkhianati sesiapa terutama rakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat.

Namun begitu, Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh ketika membentangkan penggulungan hari ini menegaskan kepada semua anggota harakah Islamiah supaya jangan sekali-kali melanggar garis panduan tahaluf siyasi yang telah diputuskan oleh Majlis Syura.

Semua anggota diharapkan dapat memahami garis panduan yang ditetapkan supaya perkara tidak diingini tidak berlaku seperti keluar dari PAS untuk menyertai parti politik yang lain atau meletakkan wala' yang sepatutnya tidak berbelah bahagi kepada jemaah diberikan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain.

Ustaz Nik Zawawi turut menegur tindakan membincangkan isu tahaluf siyasi di kedai-kedai kopi kerana ia bercanggah dengan prinsip berjemaah.

Hubungi Kami

  • No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpurs
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 03-26925000

Carian