Warning: file_put_contents(/home/muktmr59/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/muktmr59/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
Majlis Syura Ulama tubuh Unit Audit Syariah

SHAH ALAM, 24 Nov - Unit Audit Syariah (UAS) yang diputuskan dalam Muktamar PAS kali ke-58 telah pun ditubuhkan di bawah Majlis Syura Ulama.

UAS ditubuhkan untuk mengaudit individu dalam kepimpinan parti di semua peringkat termasuk organisasi dalam jamaah, memandu kepimpinan parti supaya berada dalam landasan syariat dan memastikan kenyataan yang dikeluarkan tidak menyalahi peraturan syara'.

Penubuhan UAS tidak bercanggah dengan badan disiplin PAS pusat, meskipun salah satu tujuan penubuhannya adalah untuk mengharmonikan apa yang berlaku dalam jamaah.

Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh yang mewakili Majlis Syura Ulama memaklumkan bahawa UAS dianggotai oleh pakar-pakar yang sangat berwibawa dalam bidang ekonomi, siasah, syariah, falsafah dan aqidah Islam dan mempunyai autoriti yang kuat untuk menjalankan siasatan serta nasihat kepada ahli.

UAS ditegaskan bukan untuk mencari keaiban sesiapa, tetapi ditubhkan untuk memastikan perjalanan parti dan anggota kepimpinan dalam saf, benar-benar diredhai Allah.

Hubungi Kami

  • No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpurs
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 03-26925000

Carian