Warning: file_put_contents(/home/muktmr59/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/muktmr59/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
PAS Jalin Hubungan Erat Kesatuan Pekerja

SHAH ALAM, 24 Nov - Golongan pekerja adalah golongan penting kerana mereka merupakan golongan pengundi terbesar dalam negara, tegas Anuar Tahir.

Menyedari hakikat ini Lajnah Pekerja menjalinkan hubungan erat dengan kesatuan pekerja Malaysia melalui kerjasama menganjurkan program-program yang melibatkan golongan pekerja, seminar, bengkel dan kursus.

Beliau, Ketua Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar menyebut tentang teguran ulama dunia Dr. Yusuf Qardhawi yang menyatakan gerakan-gerakan Islam kurang mengambil perhatian terhadap hubungan dengan golongan pekerja.

Justeru, beliau berharap PAS negeri mengambil inisiatif menubuhkan Lajnah Pekerja dan menjalin hubungan erat dengan kesatuan pekerja di negeri masing-masing.

"Melalui kerjasama ini kita dapat mendekati golongan pekerja dan memahami keperluan dan memperjuangkan hak-hak mereka," jelasnya.

Beliau berharap agar pas dan setiap ahli pas boleh bersama-sama bergerak dengan lajnah pekerja untuk memperjuangkan hak pekerja melalui kerjasama dengan kesatuan pekerja.

Hubungi Kami

  • No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpurs
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 03-26925000

Carian