Warning: file_put_contents(/home/muktmr59/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/muktmr59/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
PAS Jangan Lepas Pandang Undang-undang Rimba

SHAH ALAM, 24 Nov - Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat terkilan dan membuat teguran kepada para perwakilan kerana tiada yang membahaskan tentang perundangan dalam negara.

Timbalannya Hanipa Maidin berkata, perundangan negara pada ketika ini mempunyai beberapa isu besar yang seharusnya mendapat perhatian para perwakilan, jelas Hanifa Maidin dalam ucapan penggulungan pada hari ini.

"Salah satu isu besar dalam perundangan negara pada cialisfrance24.com ketika ini adalah penggubalan Akta Pencegahan Jenayah yang sebenarnya mengembalikan ruh ISA," jelas beliau.

Menurut beliau penglibatan PAS dalam politik merupakan satu pendekatan dakwah kerana hakikatnya dengan berada di parlimen PAS dapat menegur dan menyatakan pendirian terhadap perjalanan pentadbiran kerajaan, sekaligus dapat menyatakan pandangan syariah islam terhadap sesuatu isu yang timbul.

Bahkan katanya, dalam menyampaikan dakwah PAS janganlah terlalu memberi fokus kepada hudud sahaja.

Berkongsi pengalamannya berada di parlimen, beliau berkata, terdapat ahli DAP yang menyatakan betapa cantiknya syariah Islam jika syariah Islam itu seperti yang dinyatakan oleh ahli parlimen Pas iaitu "Syariah ini asasnya adalah hikmah dan kemaslahatan hamba Allah dalam hidup dunia dan akhirat, adil dan rahmat keseluruhannya, maslahah dan rahmat keseluruhannya.

"Kita sebagai ahli PAS perlu memahami maksud dakwah dan tidak menghadkan konteks dakwah kerana dakwah itu
bermaksud seruan dan ajakan.

Tambahnya, jika ahli tidak memahami maksud dakwah itu, ahli akan merasakan bahawa PAS terlalu memberi tumpuan kepada politik sehingga mengenepikan elemen dakwah.

Hubungi Kami

  • No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpurs
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 03-26925000

Carian